Wednesday, January 15, 2020

Tips Mengelola / Menjalankan Modul Kem Motivasi/Kepimpinan

ASSALAM

Bro tengah jalan internet, cari cari bahan idea. SEKALIIIII

terbukak , https://www.ybjb.org.my/ .(YAYASAN BANDARAYA JOHOR BAHRU)

wow. this is a legend, Allah hantar badan ini lah supaya bro jadi orang. Zaman 90an ke awal 2000, ramai kawan bro kat situ. Dari badan ni la bro jumpe Sifu bro dalam bidang training, Tuan Norazlan bin Samurdan.

Bangga bro, YBJB still berkhidmat untuk masyarakat lagi. Ybjb sekarang nampak strong kembali. Kalau korang nak tau apa itu YBJB, rajin2 la click link bro bagi tu.

Banyak kenangan disana, pembelajaran diluar kelas dan luar kotak. Terinsprirasi dengan mereka, bro sangat in dengan dunia trainning. Dari zaman peserta, up naik jadi fasi, up lagi jadi fasi private, sambung Uitm Penang, up lagi jadi Ketua Fasi, pastu berkelana independent , sampai la ni.

Dari join modul, jaga modul sampai la ni bro buat improvatisme modul yang bro pernah buat dan jalani. Edit sana, Edit sini, tapi matlamat modul still sama. Just tambah dan cantikkan sikit2. Teringat bro, zaman independent dulu, bro di jemput jadi fasi bagi consultan luar, dia mintak modul then bro terangkan modul yang bro ade. So,dia bawak modul yang sama tetapi ade part yang dia tak tekan, tekan tang suara dan emosi, bro dah brief baik dah. Mybe dia lupa kot, so kurang sikit UHMM dia.

Baru bro perasan, modul yang sama tapi skill orang yang bawak modul memberi kesan yang lain. Bukan la bro nak cakap bro power, tapi mybe bro pernah bawak banyak kali kot. Mybe laaa. Skill persembahan juga penting dalam mengelola sesuatu modul. Mana part yang mana kena main kena main. Mana part kena serius, mesti serius.

Untuk menjadikan sesuatu modul tu PADU, korang kena ulang-ulang modul tu. Kem yang lain-lain la cite dia. So, korang akan nampak part mana boleh improve dan goreng. HUH, dapat pun word nya, GORENGGGG. Contohnya, apa yang bro pernah buat, time zaman U dulu, tiap Sem kami pergi sekolah lain-lain. Ada yang kat Penang, Perak, Kedah. Bro bawak modul almost sama, just relate apa objective yang pihak sekolah nak. So, dari situ bro edit sikit benda-benda dalam modul tersebut

Next, korang kena pakai slideshow dan lagu dalam pembawakan korang, baru ada syookkk. Kenapa kena pakai slideshow? Sebab ia memudahkan flow korang. Insha Allah, tak ada point yang tertinggal. Point yang korang nak cakap tu, just tulis je kat slideshow tu. Buatlah sekali dengan animationnye, jangan la malaihhh. Ini adalah kerana, time korang nak goreng tu, audience punya mata tu baca apa yang korang tulis. So, nanti focus dorang lari dan tak dengar apa yang korang nak cakap. Then, kenapa nak pakai lagu atau music background? Sebab, aktiviti modul korang akan lagi best dan mencetus suasana dalam modul korang.

Then, time bawak modul tu, korang kena faham objective modul. Main lah macam mana pun, gorenggg la padu mana pun, objective atau kesimpulan modul lari, modul tu out. Objective mesti dekat kepala sentiasa. SENTIASA. Sebab nanti part last, part closing modul korang kena terang kan pada audience kenapa modul ni macam ni dan macam tu. Then, relatekan lah dengan dorang punya situation , kalau audience korang budak sekolah,conclude dengan pelajaran dorang. Kalau audience korang organisation team, relate la tentang scope of work dorang. Depend on what is your objective.

Tu je dulu kot, tips nye. Bro ade idea lagi, bro bagi lagi.okes?

ASSALAM

Thursday, January 9, 2020

ELAS : Seni Pelatihan


SALAM

Jumaat perhulu segala hari. Alhamdullilah, syukur kepada Illahi  masih di pinjam kan roh, jasad dan agama.


OK. Hari ni bro nak sembang pasal buku yang bro baru beli. 'ELAS : Seni Pelatihan'. Pengarang nya adalah Tuan Harun Abu Bakar atau lebih glamooore dengan panggilan Cgu Jinggo. So, macam mana bro boleh tahu pasal Cgu Jinggo ni, bro tengah tekan- tekan Youtube, cari-cari idea game untuk penambahbaikan . So, terkeluar lah video Cgu Jinggo tengah buat Training. Usya punya Usya, ade Instagram. Klik pulak ke IG beliau. Belek punya belek, dia ade keluarkan buku. Sepantas kuda hitam berlari kencang, rambut melambai lambai, badan berpeluh peluh dan kaki 4. Bro terus oder. Sembang jauh-jauh tak mau.

Bro baru baca sampai muka surat 20. Nak sambung baca lagi. Nak faham kan lagi, apakah itu philosophy, practically Gamification. Bro nak study lagi.

Harapan bro untuk buku ni, bro dapat garap banyak Ilmu dari penulisan Cgu dan mempractikkan dalam kem-kem bro yang akan datang.

Insya Allah, kalau bro dah habis baca, bro akan buat post rumusan tentang pembacaan bro terhadap buku ini. Mohon doa kawan-kawan semua, dipermudahkan urusan bro.

WASSALAM